-->
banner
banner
tutorial-software-blog

Blog saye menceritakan tentang kaedah tutorial Blog,Photoshop,dan Easy math,selain itu pengunjung boleh menonton TV di blog saye ,perkhidmatan software pun disediakan, percayalah anda pasti berpuas hati bila bersantai diblog saye.peranan blog saya ini adalah untuk memudahkan pelawat mencari isu semasa kaedah Search engine optimize SEO ,backlink booster,dan sebagainya.

Sunday, 3 June 2012

seejarah islam @ kapalterbang

Cari disini
Loading


F-18D
Hornet Aviator
F-18 Hornet F-18D Hornet


Tahukah anda siapakah orang pertama yang mencipta Kapal terbang? Rata-rata sudah pasti akan mengatakan Wright Brothers (Orville Wright dan Wilbur Wright) adalah orang pertama yang mencipta kapal terbang.
Dunia telah mengiktiraf Wright Brothers sebagai pencipta kapal terbang pertama kerana mereka dengan jayanya dapat mencipta kapal terbang bernama Flyer yang berjaya terbang dengan baik sekali.Tetapi tahukah kita bahawa konsep kapal terbang yang diguna pakai oleh Wright Brothers untuk mencipta kapal terbangnya adalah menggunakan konsep atau idea dari Ilmuan Islam kita; Abbas Ibn Firnas. "Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying."—Philip Hitti, History of the Arabs.
Abbas Ibn Firnas atau Abbas Qasim Ibn Firnas merupakan seorang berketurunan Berber di Spanyol. Beliau adalah seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia. Sepanjang hidupnya, Ibn Firnas mendalami kimia, fizik, dan astronomi.
Beliau telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibn Firnas mendahului dunia penerbangan seribu tahun sebelum the Wright Brothers. Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya (penemuan payung terjun).
Beliau terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya. Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa beliau tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Beliau tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu.
Ibn Firnas mencipta planetarium mekanikal dengan planet-planet yang berputar. Beliau juga membuat simulasi guruh dan kilat, menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata.
Selain itu, beliau mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir juga menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Beliau juga memajukan proses bagi memotong kristal batu.
Ibn Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi pada usia 77 tahun. Libya telah mengeluarkan setem sebagai menperingatinya. Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya.
Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●

sharing is caring is loving

sebarang pertanyaan dan penambahan boleh
ditulis di petak komen ku ini-segala
pandangan anda teramat dihargai.

~sekian~
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●

drop your link here for blog walking!
get 32 backlink

shared